Monday, March 07, 2011

diam dan hormat.

silence is reasonable yet ignorance shows stupidity.

api lawannya bukan api. bukan pula minyak. diamnya seseorang itu tidak bermakna marah. diamnya seseorang itu tidak bermakna bengang. ada masanya manusia memerlukan masa untuk bertenang atau beralih pandangan sesudah sedikit ketegangan berlaku. ketika itu, janganlah marah dipancing-pancing. jangan pula provokasi dilempar-lempar. beberapa minit tidak akan membunuh ketenangan.

ya, saya mungkin kurang matang. saya diam kerana saya perlu diam. saya tidak mahu bersuara kerana jika saya bersuara, ada yang mengatakan saya 'bising'. kerana itu saya diam. tambahan lagi, saya yakin, jika saya terus bersuara, rasional akal saya akan makin hilang. kerana itu saya diam. saya diam kerana cuba mengawal ketidakpuasan hati dan membiarkan kematangan menelan segala kebengangan. oleh itu, tolong jangan dipancing sakit hati yang berpanjangan dengan kata-kata yang tiada rasa hormat seperti 'bising', atau 'buat perangai'. saya diam, bukan bermakna saya buat perangai. segalanya telah saya jelaskan di atas. kata-kata yang tiada rasa hormat seperti yang saya katakan tadi, hanya akan menimbulkan perkara yang lain.

mungkin saya tidak sebaik anda, tapi tidak bermakna anda tidak perlu menghormati saya.

hormat, bukan sewaktu baik sahaja. 







No comments:

Blogroll