Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Wednesday, September 03, 2014

childbirth awesome experience!

i already told my husband and sisters about this. i’ve told them many times already. but i can’t find the need to stop talking about this. simply because it is undefinable. seriously. there is no words can describe childbirth experience. it is zillions time more than awesome, blissful, beautiful, fascinating etc.

it was a blessing, really. i am truly sorry to those women who really want to have their own kids but never got the chance. i really am. i pray to Allah to give every loving woman out there a chance to feel the kicks of those tiny legs in the womb and successfully deliver the beautiful creature into the world. delivering babies is definitely a blessing Allah gives to women alone. 

i still remember the day. i had a terrible car accident at PLUS highway on July 7th 2013. the car was defined as total loss by the insurance company, so you can imagine just how bad it was. at that time, i already on my 36th weeks of pregnancy. luckily we all made it alive. i cracked my left wrist and got a hole at my elbow. apart from that, i am fine. 

we got back to dengkil after 48 tiring hours of hospital and check-ups. i was home in dengkil on the first Ramadhan. i had my sahur with my husband and he went to work. at noon, i woke up and took a quite long shower before prayer. after zuhur prayer, around 2.30pm, i got up from bed to take something and suddenly i felt a heavy flow of water washed my legs. it didnt smell of anything. panic struck me. it is time! i called my husband who quickly came home. 

we went to putrajaya hospital. at that time, i felt no pain at all. just nervousness. i was so nervous. it was my first experience. at putrajaya hospital, they checked the opening. just 3cm. we still got time to go to Shah Alam. i registered at a private clinic in Shah Alam and we managed to get there. we arrived at the clinic at 4.30. i still felt no pain. i was given a room and i was told to rest. they said the opening just 3cm and given that i didnt feel pain so they thought maybe i would not deliver on that day. my husband told me to keep walking. he said it will help me deliver. i did as he said. 

around 5.30, the pain came. nothing slow, nothing mild. it came immediate and strong. it was unbearable. i didnt experience slow contruction. i got the strong one at once. i started reciting every quranic verses i memorize. it was strong. like someone is trying to rip me from inside. i told the nurse but she thought i was overacting (because it was my first time) and said to rest and calm down because she thought it was just 3cm. i insisted on checking and she checked half-heartedly. she informed me it was already 6cm. she changed me into the labour dress and at 6.20, i entered the labour room to deliver my baby for the first time. the nurse said i have to wait for doctor to come and the opening was already 8cm. my husband and mother were at my sides, Alhamdulillah.

 the contruction was too strong i thought i would die. i remember praying for Allah to end the pain in whatever ways possible. as long as the pain went away. doctor arrived after 6.30. she checked the opening and said its 10cm already. i was asked to push which i gladly did. but remember this tip, do not enter the labour room without knowing how to push. i didnt know how to push. when they said push, i push my neck which made me groaned and my face red. everybody was telling me that i did it wrongly but i didnt know how to do it the right way. after 20 minutes of pushing the wrong way, the doctor helped me and my daughter was finally born at 7.10pm, right before break fasting. my mother helped the doctor break fast.

 at that time, i felt relieved, pure, empty and light. it didnt feel like i was just delivering a baby but i felt like i was just delivered to the world. i felt reborn. i felt light. i felt innocent. 

it was undefinable. really. i didnt care about anybody anymore. i didnt care about anything. and i couldnt sleep the whole night.

it was good. more than just good. the feeling was something i want to experience again.
looking forward to next experience. :)

Wednesday, March 07, 2012

home is where your parents are.

sebelum ini saya selalu merungut sebab tak ada kampung. bila cuti, balik bandar. bila raya, sunyi jek kawasan rumah. yelah...duduk tengah bandar, orang semua balik kampung. raya pertama orang seronok ziarah-menziarah kat kampung, kami sekeluarga on the road carik lokasi untuk picnic. duduk rumah sunyi, tak macam raya. kami setiap kali raya, pegi pantai, air terjun etc nk bagi rasa happy. selalu sangat kami adik beradik merungut. kami nak kampung. macam orang lain jugak.

tapi tadi, baru saya faham maksud kampung yang sebenar. bukan rumah kayu yang terpacak kat tepi bendang. bukan ayam itik yang berterabur kat laman. bukan old school punya warung yang kat tepi jalan. balik tadi, parents saya happy gila tengok saya and adik yang riuh bercerita. baru tadi saya sedar yang ibu bapa saya sudah tua. adik bongsu saya masih kecil. mereka tinggal bertiga sahaja. sunyi benar rumah tadi. terasa seperti balik raya. terasa benar macam balik kampung.

inilah kampung saya. tempat orang-orang yang menyayangi saya. biarlah beraya di tepi pantai, di air terjun, di shopping complex, asalkan bersama mereka. asalkan mereka gembira. inilah kampung saya.


Saturday, January 28, 2012

Jangan rampas hak Allah.

hidayah itu milik Allah. jangan terlalu mudah mengandaikan seseorang itu cukup imannya dengan melihat peribadi ibu bapa atau keturunannya. 

ada manusia yang lahir dan hidupnya dalam iman tapi matinya kufur. ada pula yang lahir dan hidupnya kufur tapi matinya dalam iman. maka janganlah mudah menilai syurga neraka seseorang dengan melihat satu per tiga dari hidupnya. 

benar, ayah saya seorang imam masjid. membesarnya di bumi Arab. budaya hidupnya budaya bangsa Rasulullah s.a.w. benar. tuturnya imbasan Al-Quran. benar, ibu saya dibesarkan dengan nilai-nilai murni kaum melayu. sopan tutur kata, santun tingkah laku, tinggi budi bahasa. benar. ayah dan ibu saya hidup di paksi yang betul, dengan cara yang betul. harapnya benar tanggapan orang, mereka bakal ke syurga. 

tetapi, rasanya tidak perlulah berdasarkan hujah itu anda semua menilai saya akan ke neraka. neraka dan syurga milik Allah. ada sebabnya mengapa aturannya begitu. jangan bersusah payah mengambil alih tugas Allah. benar, saya tidak se'siqah' mereka, ibu bapa saya. saya tidak se'warak' mereka. benar. saya jalani hidup yang agak berbeza caranya dengan hidup yang mereka jalani. dugaan zaman saya ini lebih hebat dari iman saya. benar. banyak silapnya saya dalam membuat pilihan. benar. didikan ibu bapa saya telah lengkap. segalanya telah mereka beri. bukan lagi salah mereka jika saya tersalah langkah. saya yang membuat pilihan. tetapi, jangan 'neraka'kan saya hanya kerana pilihan-pilihan hidup saya berbeza dengan pilihan-pilihan ibu bapa saya.

ada sebabnya Allah meletakkan syurga dan neraka sebagai hal-hal ghaib.

bukan pada saya sahaja, pada semua orang. jangan menilai sesiapa begitu. tidak adil. 



"88-25: Sesungguhnya mereka semua akan kembali kepada Kami (Allah). 88-26: Kemudian, sesungguhnya atas Kami (Allah) menghisab mereka."
Al-Ghashiyah; 25-26. 

Sunday, December 18, 2011

another piece of me~


Sesat Berpeta - 2003


di bawah terang terik mentari bercahaya
di atas padang luas yang tak punya simpang siurnya
dalam asyik segelintir hamba mencari syurga
sekumpulan bijaksana sesat berpeta


mungkin kerana untuk mencari kemana hilangnya hikmah nestapa
tak semudah sesat dalam mewahnya bahagia
menggapai pudarnya dosa tak seindah memadam terangnya pahala
maka mereka terlalu mudah alpa
lalu dengan rela terjun ke pangkuan neraka 


hati ini selalu tertanya sendiri... 
mengapa mereka terlalu gelojoh menyuap duniawi?
hingga lupa akan ukhrawi yang lebih realiti?
mengapa mereka lebih cinta pada muka bumi?
hingga sekalian malaikat menangis hiba menyaksikan neraka dan segala isi?
mengapa mereka begitu mudah hanyut di lautan tipudaya musuh Ilahi?
sedangkan di awal kelahiran telah dibacakan segala janji? 


jika benar lahirnya mereka bersama azan
dan pulangnya mereka dihantar iqamah
mengapa tiada di hati mereka rasa gerun pada pencipta?
mengapa tanpa segan silu mereka berteriak bangga melukiskan kemungkaran di kanvas hidup mereka?
mengapa dengan tuhan yang sedang menyaksikan segalanya, mereka conteng wajah ibadah dengan tompokan dosa penuh selamba?
kemanakah maruah diri seorang hamba yang sememangnya terlalu hina?
pada siapakah kita mahu berbangga dengan segala dosa?
pada siapa pula akan kita menangis menagih pahala?
lupakah kita akan kesementaraan dunia?
tidakkah pernah ada rasul yang menceritakan azab di neraka?
tidak pernahkah kita mendengar kisah dunia, sebuah lembah yang hina?
mengapa melafaz syahadah jika kerongkong dengan rakusnya meneguk keseronokan hidup?
kononnya muda hanya sementara... 
sedangkan maut menjemput tak kira usia... 


mengapa bangkit dan duduk menunaikan solat jika malamnya meliuk lentok mengumpul kupon kemurkaan tuhan?
kononnya biarpun murah membeli dosa... 
kewajipan pada tuhan tetap terlaksana... 
lupakah mereka yang solat yang diterima akan mengekang diri dari dosa yang dicipta?
mengapa bersusah payah menghafaz alquran jika akal sentiasa mencari alasan menghalalkan yang haram?
kononnya agama harus disesuaikan dengan peredaran zaman... 
kononnya islam agama mudah tak perlu bersusah payah... 
tetapi lupakah mereka islam kekal tak mungkin berubah sepanjang zaman?
dan mudahnya islam tak bermakna yang haram boleh dihalalkan?


ah... bukankah mereka menghafaz al-quran... 
lebih bijaksana dalam mentafsirkan isi kalam mulia dari Ar-Rahman... 
apalah sangat ilmu hamba tuhan yang hina ini jika dibandingkan dengan mereka yang serba hebat dan disayangi didunia... 
bicara ini bukan kata pedoman... 
bukan jua nasihat seorang kawan... 
mungkin hanya seuntai kata ingatan... 
untuk mengingatkan semua insan hina ini... 
bahawa ilahi sedang menjadi saksi... 


aku menulis puisi tak berseni ini... 
dan kalian sedang membaca penuh benci dan rasa terperli... 
dan ingatlah... 
pasti akan ditanya oleh rabbulizzati... 
tidak pernahkah ada si hina ini bertanya itu dan ini?
lalu kamu memandangnya penuh jelik dan benci... 
kamu hadiahkan dia dengan umpat keji dan perli... 
seolah dia menyimbah kamu dengan duri... 


sedangkan dia hanya berserah diri mengharap bantuan dari ilahi... 
agar semua saudaranya ditempatkan bersama di jannah abadi... 
biarpun untuk dirinya sendiri... 
belum ada jaminan yang pasti... 
jannatul firdaus akan dijejaki... 
maka, segeralah kalian fikirkan jawapan untuk soalan Al-Adzim nanti... 


aku bukan insan seperti mereka
lahirku tanpa bakat yang nyata
lahirku penuh cacat cela yang tidak langsung sempurna
lahirku dengan hati seorang hamba
kerana sedari lahirku lagi aku telah di sedarkan bahawa
aku hanya hamba tuhan yang sangat hina
yang saban waktu airmatanya menitis hiba
berdoa biar dijadikan bisu, pekak dan buta... 
asalkan jangan si bijaksana yang sesat berpeta...

one of the poems i wrote when i was so deep into writing poems.


Diari Mimpi Aynaakmal - 2003


Pertama kali ku memandang seraut wajah itu 
Hatiku tertanya-tanya 
Pertama kali ku mendekatinya 
Mindaku terpinga-pinga 
Pertama kali ku merenung sinar matanya 
Naluriku berkata-kata 
Dan pertama kali ku mendengar dia berbicara tentang seribu rasa 
Hatiku berbisik, aku telah jatuh cinta 


Biarlah aku menjadi penagih secebis kasih 
Biarpun kau tidak mempelawaku ke kamar hatimu 
Biarlah aku menjadi pemburu sekeping rindu 
Biarpun kau enggan menghulurkan kasihmu 
Biarlah aku menjadi pendamba yang setia 
Biarpun kau tidak pernah menoleh dari cintanya 


Aku memang gadis bodoh yang mudah terpaut 
Pada rangkaian kata-kata indah jejaka 
Pada perhatian yang diberikan para pemuda 
Pada senyuman dan renungan yang menggetar jiwa 
Pada puisi kasih dan bicara tentang sucinya cinta 
Kerana itu semua adalah juadah utama 
Yang kusajikan pada minda dan jiwa 


Aku memang gadis gila 
Yang menanti hadirnya seorang jejaka 
Memimpin erat jemariku ke pintu syurga 
Membelai cintaku dengan lembut kasihnya 
Mengharumkan hidupku dengan wangian rindunya 
Melindungi diriku dengan kudrat imannya 
Dan terus menyayangiku hingga ke hujung usia 
Kerana aku dilahirkan bukan untuk kecewa 
Dalam mengejar bahagia 


Katamu bukan si jelita yang kau cari 
Katamu bukan si cerdik yang kau ingini 
Katamu bukan si kaya yang kau damba 
Bukan juga si lemah lembut yang berbudi bahasa 
Kerana kau takut 
Jelitanya akan memburukkan imanmu 
Cerdiknya akan memperbodohkan hatimu 
Hartanya akan mendhaifkan ilmumu 
Kelembutannya akan membelenggumu dalam lesu 
Dan 
Budinya akan memerangkapmu dalam sembilu 


Jika bukan itu yang kau mahu 
Jika itu yang kau takut 
Bagaimanakah pula dengan diriku 
Aku tidak dianugerahkan wajah jelita mempesona 
Yang bisa memanah mata-mata sang jejaka 
Sekadar seraut wajah yang tidak menyakitkan pandangan 
Seandainya tak dipandang dengan kebencian 


Aku tidak ditakdirkan untuk menjadi si cerdik 
Yang mampu merenung takar pengetahuan insan lain 
Sekadar cekap mengendalikan bahtera kehidupanku sendiri 
Agar tak mengharung badai kekecewaan di laut duniawi 


Aku bukan si kaya yang berharta 
Yang mampu membeli kehidupan mereka yang menderita 
Sekadar iman dan takwa untuk kujadikan bekalan 
Mempertahankanku dari ancaman kebuluran di kemarau kehidupan 


Aku tidak juga dilahirkan sebagai si lembut yang berbudi bahasa 
Yang mampu mengunci hati pemuda dalam indah peribadinya 
Sekadar akhlak yang dapat kujadikan lambang 
Aku adalah zuriat bapaku yang mampu dibanggakan 


Jika kegilaan yang kumiliki ini 
Belum berjaya menggugat keamanan hidup sepimu 
Mungkin aku masih belum benar-benar gila 
Untuk membawa hatimu yang terpenjara 
Ke lembah cintaku yang setia 


Jika kebodohanku ini 
Masih belum mendetikkan rasa benci di hati 
Bermakna masih ada kekosongan di dalam dirimu yang sunyi 
Yang perlu diisi dengan sebuah pengorbanan cinta suci 
Dariku insan yang tak mungkin sempat kau cintai 
Kerana aku berjanji 
Setelah kau terjaga dari mimpi, aku tidak lagi di sisi…

once a writer, always a writer.

dulu saya menulis puisi. dulu maksud saya, ketika sekolah. kerap juga saya ditawarkan peluang menghadiri kursus-kursus professional untuk menulis tetapi saya abaikan. tamat zaman persekolahan, saya secara sendirinya berhenti menulis. tadi tiba-tiba saya teringat satu puisi hasil tulisan saya yang telah mendatangkan satu panggilan telefon dari xfresh untuk menghadiri satu kursus. tajuknya masih saya ingat dengan baik, Memijak Maruah. segera saya google, nasib baik masih ada di laman-laman blog lama saya yang belum saya padam. teringin rasanya saya simpan di sini, sekadar mengimbau bakat saya dahulu. ;)


Memijak Maruah - 2002

Ketika masa masih termengah-mengah mengejar usia 
Ketika hari esok termangu-mangu melihat semalam berlalu 
Ketika rembulan terpinga-pinga apabila mentari menjelma 
Aku masih berlengah di sini 
Melangkah longlai meniti usia remaja yang tak puas menduga 
Dengan ketenangan yang membakar rentung usia yang bersisa 
Tanpa peduli biarpun iman sedang mengetuk pintu neraka 


Dulu aku tidak kesal hidup begini 
Dulu aku memang gembira dengan kehidupan ini 
Dulu aku sentiasa mahu itu dan ini 
Aku terlupa di bumi mana kuberpijak kini 


Hari ini masih seperti semalam 
Langit tetap diselubungi muram 
Riak kehidupanku masih lagi suram 
Jalan dihadapanku kelam…berbalam-balam 
Walaupun aku mula mencari cahaya kebenaran 
Yang sebelum ini pernah cuba menyuluhku 
Tapi kupadamkan dengan neon malam di katil usang 
Yang sebelum ini pernah cuba menerangi malamku 
Namun ku kelamkan dengan tabir pusat-pusat hiburan 
Dan hari ini perjalananku tidak lagi menyelesakan 
Langkahku kian hari kian menyeksakan 
Dalam usahaku mengejar kemanisan Islam 
Dalam ikhtiarku mengenal tikar sembahyang 
Seakan telah terasa bahang kepanasan 
Yang mungkin akan menjadi teman 
Di saat ku berhadapan denganMu, Tuhan 


Masa tetap beredar biar aku masih terlalu jauh untuk mengejar 
Hari tetap berganti biar aku sudah lama berhenti berlari 
Esok tetap bertandang biar aku masih punya urusan dengan semalam 
Tiada siapa akan menantiku disini walau aku terus berdiri 
Tiada siapa akan membawaku pergi walau aku sudi membuntuti 
Tiada siapa akan menarik tanganku ini biarpun aku terus menghulur begini


Hakikat itulah yang baru kini kusedari 
Setelah aku terlalu tua untuk terus menanggung dosa 
Dan kejahilanku rupanya terlalu buruk untuk mendampingi cahaya 
Setelah hatiku terlalu lelah menanggung nafsu 
Sehingga tidak mampu menadah restu Yang Satu 
Dan setelah wajahku lesu akibat ciuman maksiat 
Sehingga bibirku terlalu bisu untuk melafaz kalimah syahadat 


Telah berlalukah tempoh percubaanku? 
Telah tertuliskah suratan hari kemudianku? 
Telah berakhirkah peluang kemaafan untukku? 
Tiada ruang lagikah untukku berteduh di bawah keampunanMu? 


Hari yang berlalu 
Mengingatkan aku pada kemurkaanMu 
Esok yang menyapa 
Membayangkanku akan panggilan dari Neraka 
Namun bila subuh menjelma 
Dan aku masih bernyawa 
Bagai ada suara berkata 
Engkau masih punya kasih sayangNya 
Engkau masih mampu mengharap keampunanNya 
Engkau masih boleh mencapai syurgaNya 
Pulanglah kepadaNya… 
Setelah kau puas memijak maruah 
Setelah kau kenal dengan dosa-dosamu

Thursday, December 01, 2011

stages of loss according to Julie Axelrod.


The stages of mourning are universal and are experienced by people from all walks of life. Mourning occurs in response to an individual’s own terminal illness or to the death of a valued being, human or animal. There are five stages of normal grief. They were first proposed by Elsabeth Kubler-Ross in her 1969 book “On Death and Dying.”
In our bereavement, we spend different lengths of time working through each step and express each stage more or less intensely. The five stages do not necessarily occur in order. We often move between stages before achieving a more peaceful acceptance of death. Many of us are not afforded the luxury of time required to achieve this final stage of grief. The death of your loved one might inspire you to evaluate your own feelings of mortality. Throughout each stage, a common thread of hope emerges. As long as there is life, there is hope. As long as there is hope, there is life.
Many people do not experience the stages in the order listed below, which is okay. The key to understanding the stages is not to feel like you must go through every one of them, in precise order. Instead, it’s more helpful to look at them as guides in the grieving process — it helps you understand and put into context where you are.
1. Denial and Isolation
The first reaction to learning of terminal illness or death of a cherished loved one is to deny the reality of the situation. It is a normal reaction to rationalize overwhelming emotions. It is a defense mechanism that buffers the immediate shock. We block out the words and hide from the facts. This is a temporary response that carries us through the first wave of pain.
2. Anger
As the masking effects of denial and isolation begin to wear, reality and its pain re-emerge. We are not ready. The intense emotion is deflected from our vulnerable core, redirected and expressed instead as anger. The anger may be aimed at inanimate objects, complete strangers, friends or family. Anger may be directed at our dying or deceased loved one. Rationally, we know the person is not to be blamed. Emotionally, however, we may resent the person for causing us pain or for leaving us. We feel guilty for being angry, and this makes us more angry.
Remember, grieving is a personal process that has no time limit, nor one “right” way to do it.
The doctor who diagnosed the illness and was unable to cure the disease might become a convenient target. Health professionals deal with death and dying every day. That does not make them immune to the suffering of their patients or to those who grieve for them.
Do not hesitate to ask your doctor to give you extra time or to explain just once more the details of your loved one’s illness. Arrange a special appointment or ask that he telephone you at the end of his day. Ask for clear answers to your questions regarding medical diagnosis and treatment. Understand the options available to you. Take your time.
3. Bargaining
The normal reaction to feelings of helplessness and vulnerability is often a need to regain control–
  • If only we had sought medical attention sooner…
  • If only we got a second opinion from another doctor…
  • If only we had tried to be a better person toward them…
Secretly, we may make a deal with God or our higher power in an attempt to postpone the inevitable. This is a weaker line of defense to protect us from the painful reality.
Two types of depression are associated with mourning. The first one is a reaction to practical implications relating to the loss. Sadness and regret predominate this type of depression. We worry about the costs and burial. We worry that, in our grief, we have spent less time with others that depend on us. This phase may be eased by simple clarification and reassurance. We may need a bit of helpful cooperation and a few kind words. The second type of depression is more subtle and, in a sense, perhaps more private. It is our quiet preparation to separate and to bid our loved one farewell. Sometimes all we really need is a hug.
5. Acceptance
Reaching this stage of mourning is a gift not afforded to everyone. Death may be sudden and unexpected or we may never see beyond our anger or denial. It is not necessarily a mark of bravery to resist the inevitable and to deny ourselves the opportunity to make our peace. This phase is marked by withdrawal and calm. This is not a period of happiness and must be distinguished from depression.
Loved ones that are terminally ill or aging appear to go through a final period of withdrawal. This is by no means a suggestion that they are aware of their own impending death or such, only that physical decline may be sufficient to produce a similar response. Their behavior implies that it is natural to reach a stage at which social interaction is limited. The dignity and grace shown by our dying loved ones may well be their last gift to us.
Coping with loss is a ultimately a deeply personal and singular experience — nobody can help you go through it more easily or understand all the emotions that you’re going through. But others can be there for you and help comfort you through this process. The best thing you can do is to allow yourself to feel the grief as it comes over you. Resisting it only will prolong the natural process of healing.



Tuesday, November 29, 2011

injecting new substance.


a close buddy gave me this song to listen. to be honest, listening to the song doesn't help solving anything. but it helps fertilizing faith in our subconscious mind. as for me, i'm not that kind of person who can easily fully accept something new. so, even the song is very comforting and persuading, i'm not easily persuaded. but listening to the song frequently helps me feeling better. yes, we will still cry a lot but the song gives us comfort in hoping for better things. so, cry your heart out but listen to this~

wish us the peace we deserve~


perpisahan aturan hidup.

kadang-kadang kita terasa yang perpisahan adalah perkara paling menyakitkan. perpisahan sentasa melambangkan kehilangan. terlalu menghayati kesedihan akibat perpisahan membuatkan kita lupa menghargai pemberian yang kita perolehi kesan dari kehilangan itu. sebuah ketenangan. 

memang. kita akan menangis dan terus menangis. kadangkala air mata itu turun tanpa dijangka dan tidak dapat dtahan-tahan. bukan niat untuk mendapatkan simpati atau rasa kasihan orang tetapi tumpahnya air mata itu terlalu tiba-tiba. dan bila semakin ditanya, makin laju alirannya. bagaikan empangan pecah. benar. memang benar. memang itu yang kita rasa. apa pun yang dipujuk, yang dikatakan oleh teman-teman, itulah penguat selain doa kepada tuhan. betul. semua itu betul. melalui pengalaman saya, saya faham memang itu yang kita lalui. kadangkala terasa ingin bercuti seketika dari kehidupan ini. di situlah peranan iman di dada kita. jika tebal iman itu, tinggilah benteng untuk melakukan perkara-perkara bodoh. jika tipis iman, maka mudahlah kita lompat melepasi benteng itu. kata seorang teman saya, kita adalah musuh diri kita sendiri. menangislah. itu semua sementara. tiada air mata yang akan mengalir selamanya. pergilah ke tandas, menangislah tanpa risau didengari. mandilah sambil menangis dan tidurlah setelah itu. anda berhak menangis bila disakiti, ditinggalkan atau melalui perasaan kehilangan. janganlah risau, itu hak kita. menangis bukan tanda kita lemah. menangis tandanya kita semakin bersedia untuk menghadapi fasa seterusnya. gunakan hak anda untuk menangis. tapi jangan jadikan tangisan dan kesakitan itu satu alasan untuk menyesali takdir anda.

perpisahan, atau kehilangan yang kita hadapi itu umpama titik hitam di atas kertas putih. terlalu melihat titik hitam itu akan membuatkan kita lupa tentang ruangan putih yang masih berkali-kali ganda itu. bila terlalu melihat titik hitam itu, secara tidak langsung titik hitam itu menjadi semakin besar dalam pandangan kita. oleh itu, alihkan perhatian. pandang ruangan putih dan menangislah. tetapi jangan llihat titik hitam itu. kerana kita tidak mahu menyesali apa yang terjadi. aturan hidup kita ini sebenarnya sangat indah. seperti lukisan yang dilukis, tidak terus menjadi cantik. lakaran awal kadangkala sangat buruk dan tidak berupa apa-apa. tetapi setelah disiapkan, sangat indah malah dijadikan pameran. begitulah hidup. memiliki semua kebahagiaan tidak akan membuatkan kita gembira. berusahalah menyayangi diri sendiri sebelum belajar menyayangi orang lain. tetapi jangan sampai mementingkan diri sendiri dan hilang nilai persahabatan.

setiap orang akan melalui masa sedih mereka. jika kita sedang melalui masa itu, langkahlah perlahan-lahan. kereta yang laju akan terbabas meredah angin kuat. 

bercakap memang mudah, tetapi itu lebih baik dari merintih dan tidak mahu berubah. penyesalan tidak menjadikan hidup anda lebh baik. pelajaran yang anda ambil, itu yang merubah segalanya. 

bukan kita seorang yang rasa sakitnya kehilangan atau perpisahan. yakinlah dengan Allah, pelukis alam ini, penulis jalan hidup manusia~


Monday, October 31, 2011

Leann Rimes - Please Remember

this song really suits the situation. u were the pain on my ass and i was the pain on ur ass but we bear with that for a long time. so, we should never forget that. its ours.


Monday, September 19, 2011

mimpi.

setiapkali rasa mahukan sesuatu yang mungkin, saya berdoa. setiapkali rasa mahukan sesuatu yang tak mungkin, saya capai bantal dan selimut, pejam mata, bayangkan dan rasa bahagia. itulah latihan yang saya berikan pada diri saya sejak dulu. sekurang-kurangnya saya bahagia seketika. :) kerana saya faham, betapa susahnya mendapat apa yang kita inginkan. saya sangat jelas dengan kemustahilan mimpi. kerana itu saya bahagiakan diri saya dengan pejamkan mata dan bayangkan ianya ada. sekurang-kurangnya saya bahagia, tertidur, dan lupa. saya sudah tidak lagi bermimpi, apatah lagi berharap. bukan untuk jadi negatif, tapi sememangnya mustahil untuk sesebuah mimpi jadi realiti. ini hakikat. kita tak sepatutnya manjakan diri dan hati dengan mimpi lagi. dan ini harus dilatih sejak kanak-kanak lagi. mimpi dan realiti adalah dua dunia berbeza. mustahil sekali untuk bersatu. kerana itu, saya latih diri ini dengan cara di atas. ia berkesan setakat ini. dan menjadikan saya manusia yang tidak terlalu hanyut dengan mimpi. :)

berkesan pada saya, mungkin pada anda juga. cubalah kalau mahu~ ;)


p/s: selamat menghadapi final exam. dunia tak pernah adil. manusia yang harus adil~

g0od luck! give them no reason to count u out, Jannah!

Thursday, August 11, 2011

malaysia memerlukan lebih ramai psychologist.

manusia semakin kejam. rakyat Malaysia semakin keras hati. teringat cerita yang ummi saya ceritakan baru-baru ini semasa saya pulang ke rumah. laporan akhbar tentang seorang gadis yang melahirkan anak luar nikah yang ketika lahirnya, bayi itu songsang. menurut cerita yang ummi saya sampaikan, gadis tersebut nekad menarik kaki bayi tersebut keluar hingga mengakibatkan kepala bayi tersebut terputus. tubuh bayi itu dibuang. tegak bulu roma saya mendengar cerita itu. melayukah itu? islamkah dia? soalan itu berlegar2 di kepala. jika bukan islam atau melayu pun, manusia kah dia? entahlah. mungkin dia ada justifikasinya sendiri tetapi saya tidak rasa ada mana2 hujah yang boleh membenarkan tindakannya. hingga hari ini saya masih tertanya-tanya bagaimana tegar hati seorang ibu melakukan perkara sebegitu. bayi kehilangan nyawa, ibu pastinya hilang jiwa.

itu mengenai kisah jauh dari saya. ini pula kisah yang terlalu hampir. seorang teman, mungkin mangsa tekanan dari masalah keluarga. mungkin diperlakukan dengan kejam oleh bapanya sehingga pembawaan dirinya kini, seolah2 tidak berperasaan. tak perlulah saya ceritakan kisahnya di sini. tetapi pokok pangkalnya, dia memang kejam di mata saya kerana sanggup berpelakuan begitu. kesalahan pertamanya masih mampu kami maafkan tetapi perbuatan2 yang lain untuk menutup perbuatan pertamanya membuat kami marah. teman saya yang kehilangan kini seperti hilang semangat kerana bukan sahaja wang yang hilang, seorang teman rapat yang sudah 2 tahun bersama juga sudah seolah2 tidak pernah dikenali. saya faham bagaimana perasaan itu. saya pernah mengalaminya. tersayat juga hati saya melihat keadaan teman2 sekarang. jujurnya, saya berasa bersalah kerana seolah2 ini semua disebabkan saya. kerana saya baru tinggal bersama mereka semester ini, dan semester ini semua ini berlaku. seolah2 saya yang membawa badi tidak baik. sungguh, sedih hati memikirkan perkara itu.

saya benar2 berharap agar peristiwa ini mengeratkan lagi hubungan kami semua. semoga semuanya akan baik2 saja. insyaAllah~


Friday, July 22, 2011

getaran jiwa yg sebenar.


keratan artikel ini tidak pernah gagal menggetarkan jiwa saya setiap kali dibaca. semoga kita sama2 beroleh manfaat.








Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...


*artikel dipetik dari iluvislam.

Thursday, June 23, 2011

a place in the heart.


'friends' is the place where you never feel hard to be yourself. it is where you can always show up with ur worst hairdo, ur worst habit, ur worst appearance, in ur worst clothing. it is where u are always feel accepted and u dun have to pull a string to make them look ur way. it is a place where u can sleep without pillow and never afraid of having neck ache. it is a place where u can sleep without a blanket but never feel cold. it is a place where u can cry and laugh heartily without worrying what others might think. it is a place where u never mind spending thousands dollars to decorate or beautify it. it a place where u will never think of renovation because it is always at its perfect condition. it is a place where even though u are far away from it for a very long time, u know u can always come back. it is a place where u dun need the world to approve u. it is the place where u want to be whenever u are somewhere else.

'friends' is not the place where u can release ur anger or hatred. it is where u can find assistance in throwing ur anger and hatred away. it is not the place to yell or scream, but it is the place where u'll never feel like yelling, or screaming. if u still feel like that, the place will scream with u. 

still, home is still the first place for u. home, is where u found urself and all the responsibilities in it. but 'friends', is where u still can feel n cherish ur youth even when u are 50. home, is a place on the earth. 'friends' is the place in ur heart. never mix that.

Tuesday, June 07, 2011

the forgotten face.

after shower just now, i looked at my own reflection in the mirror. i saw a very familiar face to me. i took me sometimes to study the face i found in the mirror. it was a face of a long forgotten best friend of mine. 


suddenly it hit me. the memories of me and the owner of the face in the mirror. we have lots of memories together. when all my friends dumped me like a non recyclable trash (pengaruh program GreenHope. the blame falls to mr iskandar), it was the person in the mirror who never left. 'she' was there all the time. in my worst days, or in my perfect days.


very recently, when my closest, dearest best friend chose not to choose me, again, the face in the mirror remained with me. at that time when i felt very lost, when a part of me flew away, when i was left dumbfounded alone, i totally forgot that 'she' was there. but 'she' never complains. 'she' never complains on how i always forgot that 'she' was always there. 


how could i do that? how could i always forgot 'her' existence? yes, maybe 'she' got nothing significant. 'she' is not pretty. 'she' is not clever. 'she' is never smart enough to avoid problems. sometimes 'she' even invites them. 'she' is careless and clumsy. 'she' loves messes. complicated things makes 'her' intrigued. 'she' speaks harsh language. 'she' curses. 'she' has no manner like a girl should has. 'she' is impulsive and very spontaneous. 'she' is always curious. but when 'she' loves, 'she' loves wholeheartedly and unconditionally. maybe thats why 'she' never leaves my side. because 'she' loves me. realizing that 'she' is my only forgotten best friend, i feel relieved cause 'she' is still here, now. 

to my other friends, there are certain points in life where u will need to choose between your two favorite things. sometimes it is between to stay or to leave. both options will hurt someone, or even yourself. but you know that you need to choose. just choose. don't feel afraid. if you left someone, you left her / him to his / her Creator. He alone knows more about your life than you.He can take care of the person you have left in a better way than you did. yes, you will definitely hurt someone badly. they might not forgive you. its okay. its your decision. you will never arrive somewhere without a journey. accept it. 


if you have been left behind like what happened to me, just accept it. people love us when we are something. when we are down, it is normal for them to leave us alone. it is the fact. sometimes to help us heal, we just need to start live with the fact.

it is hard. damn hard. i am not lying. i'm feeling it right now and it is very damn painful. it cannot be described by words. no it cannot. it is terribly painful. sometimes you will even consider death as the only solution. trust me because I AM FEELING IT. but then, just smack yourself with the face in the mirror. life will never stop striking. will you just keep defending?







Blogroll