tidak. saya tidak berbangga dengan apa yang saya lakukan. saya tahu buruknya sesetengah perkara yang saya buat. saya sedar kesalahan saya. saya selalu hanyut. selalu leka. terlalu mengikut bisikan tidak baik di dalam hati. tapi saya bersyukur kerana masih dianugerahkan kesedaran bahawa itu satu kesalahan. saya bersyukur kerana tidak dibutakan mata hati ini lagi. penyesalan bukan sesuatu yang berguna. penyesalan tidak membantu apa-apa. kesedaran itu yang saya cuba jadikan teman menghadapi keburukan yang telah saya lakukan.
saya cuba untuk tidak ulang. saya cuba untuk lebih kuat menepis dugaan. saya cuba untuk lebih waras membuat pertimbangan.
manusia fitrahnya sukakan kebaikan. saya juga. saya sangat mahu menjadi baik. tapi saya selalu gagal kerana saya tidak kuat. saya pohon juga, moga-moga dikuatkan dengan kehadiran 'teman' yang dapat membantu. tapi belum kunjung tiba. Allah lebih tahu bila masanya yang sesuai. sementara itu, saya akan terus berusaha menentang bahagian 'diri sendiri' dan akan terus berusaha menjadi seorang yang baik.
i'll try my best!

No comments:
Post a Comment