pukulan hebat.
gedeb0k!!!
betul-betul di belakang saya.
bila toleh belakang,
pelepuk!!!
kat dahi pula.
terngadah saya di situ.
terpinga-pinga kehairanan.
kemudian lihat si pemukul pergi.
owh...
fahamlah sudah.
terima kasih kawan.
masa untuk pergi.
terima kasih kerana jagakan saya dari mimpi ini.
saya di sini atas jemputan anda.
jadi anda juga berhak mengusir saya.
cara mana pun bukan isunya.
terima kasih kawan.
anda telah mengajar saya betapa sukarnya untuk mencongak nilai sesebuah perhubungan.
anda membuatkan saya faham apa nilai saya dan persahabatan saya pada pandangan anda.
terima kasih kawan.
alah bisa tegal biasa.
saya senior dalam hal ini.
maksud saya, hal bagaimana mahu jatuh terduduk dibuang kawan.
;)
terima kasih ya.
hanya tuhan yang dapat membalas segala jasa anda itu.
saya tidak simpan apa-apa.
semua saya serahkan pada tuhan.
Dia Hakim.
Dia Adil.
Dia Arif.
hidup panjang lagi.
jangan berhenti memerhati di sini.
selamat berjaya. ;)

No comments:
Post a Comment