Thursday, November 11, 2010

kuasa doa.

mudah benar hati dipujuk dengan kalimah-kalimah tuhan.
terasa cair segala duka.
terasa hilang segala kecewa.
benar, pembersihan dosa, turut membersihkan jiwa.
akur saya dengan luasnya kemaafan Ar-Rahman.
biarpun diri saya dibasahi lencun dengan dosa dari rambut hingga tapak kaki.
jinak hati ini dengan kasih sayang Ar-Rahim.
biarpun luka parah disayat manusia yang dipercayai.

tiada rindu yang lebih saya perlu selain dari rindu redha Pencipta.
tiada cinta yang lebih saya mahu selain dari cinta Yang Esa.
semoga sakit ini kifarah dosa.
semoga cinta ini menyembuh luka.
semoga kemaafan tuhan menutup pintu dosa.

inilah kuasa doa yang dinamakan senjata.
terima kasih kepada teman-teman kerana mendoakan saya.
semoga hati ini selalu tenang disimpananNya.

No comments:

Blogroll