Thursday, July 22, 2010

telingkah.

telingkah.
gaduh.
tak suka.
tak serasi.
tengkar.


krisis ini rasanya ada di mana-mana.
ketidakfahaman dan perbezaan pandangan selalu menjadi sebab.
maka datanglah pertelingkahan.
saling memarahi.
saling simpan benci.
akhirnya menjadi kudis di hati.


saya faham perasaan mereka.
saya juga tak suka.
saya juga pendam rasa.


ikut hati memang saya mahu.
tapi rasional itu perlu.


tarik rambut dari tepung.
rambut jangan putus.
tepung jangan selerak.


cuba guna integrative bargaining.
cipta win-win situation.
(aplikasi organizational behavior dalam kehidupan seharian)


harap krisis kami tamat.
cara mana sekalipun.
tinggal atau pergi.
dan semua happy-happy selalu macam dulu.
dan stress pergi main jauh-jauh.


saya sayang semua kawan-kawan saya.
tapi kita hidup bermasyarakat.
jangan selalu mahu jadi perhatian.
hingga bertindak luar keelokan.
kita hidup bertuhan.


jaga hubungan dengan tuhan.
insyaAllah, tuhan jaga hubungan kita dengan sesama manusia.
hormat orang tua.
patuhi kata mereka.
kita berhutang nyawa, berhutang jasa.
derhaka tak dapat membayarnya.


Tuhan yang pertama.
ibubapa kedua.
kemudian kita.


kalau itu kamu jaga.
kami semua tumpang bahagia.
semoga kamu faham.
tiada yang mahu bertindak kejam.
kita tak sama.
latar belakang berbeza.
tapi atas nama Islam.
kita bersaudara.


untuk saling mengingatkan, tak mesti perlu menjadi sempurna.
manusia tidak sempurna.


imam ghazali menerima ajaran perompak.
firman dan sabda sudah lama bersuara.


balligh minni walau ayah.


fazakkir innama anta muzakkir.
lasta alaihim bi mus0itir.
inna ilaina iyaabahum.
summa inna alaina hisaabahum.
(al-ghasyiyah 21-22,25-26)


sekadar menyampaikan.
yang penting apa yang diberi.
bukan sesempurna manakah yang memberi.
kita sudah cukup dewasa untuk memahami.
sudah tiada episod salah menyalahi.
sebagai muslim kita harus saling memperbaiki.
supaya Islam kembali dihormati.


jangan sedih-sedih lagi.
jangan marah-marah lagi.
padamkan semua benci di hati.
rela atau separuh hati.
kita tetap bersaudara.
sampai mati.

1 comment:

hanasakura said...

"Beberapa jam kemudian mereka akan kembali bermain seolah-olah tiada apa berlaku sebelum ini. Dalam banyak hal kita ini bergaduh untuk hal yang remeh. Storm in a cup. Malang sekali bagi orang dewasa, kita (termasuk aku) memiliki ego yang tinggi menyebabkan kita tidak boleh berperangai seperti kanak-kanak. Aku tidak seru kalian gaduh macam kanak-kanak tapi berdamailah macam kanak-kanak."~blog Tok Rimau pada entri Anakku Bergaduh Lagi, 2004.

Blogroll