terpaksa bisu.
kalau beritahu pown, tak mahu faham jugak.
terpaksa telan.
terpaksa diam.
malas dah nak layan.
penat nak tengok muka.
menyampah pown ada.
bisu.
sekarang saya bisu.
kamu, dia, kau, awak, you, anda, mereka semua sama saja.
sekarang hanya ada saya.
sekarang saya malas nak peduli.
selama ini saya peduli, orang buat tak reti.
saya sakit, orang lari.
saya naik, orang cari.
dulu saya rasa, sayang satu hala pown tak apa.
beri tak perlu terima.
cukuplah ikhlas sahaja.
tapi kini saya perlu berkira.
saya juga manusia.
perasaan saya perlu diambil kira.
hati saya juga mahu dijaga.
saya bukan boneka.
saya manusia.
dilahirkan, dibesarkan oleh ibubapa saya dengan jagaan yang terbaik.
lengkap dengan pakej hati, perasaan, akal fikiran, kesihatan fizikal, mental, emosi dan jiwa.
saya lengkap sebagai seorang manusia.
makanya.
atas dasar apa kewujudan saya diambil mudah sahaja?
saya banyak kelemahan.
jadinya?
saya banyak kekurangan.
kamu sempurna?
saya ada kelebihan saya.
kamu juga.
saya adalah saya.
kamu adalah kamu.
saya mampu menerima kamu seadanya.
kamu gagal terima siapa saya.
kalau saya mampu dan kamu tidak,
bukankah itu menunjukkan saya lebih hebat dari kamu?
wah...saya hebat rupanya!
sekarang saya pilih untuk bisu.
kalau mahu, saya tunggu.
kalau tak mahu, jangan ganggu.
kamu mahu atau perlu.
saya tidak lagi perlu tahu.
kini saya bisu.
segala urusan hanya kalau mahu atau perlu.
bagitahu.
saya takkan bertanya dulu.
hati saya perlu juga diambil tahu.
bisu.bisu.bisu.
jangan ganggu kalau tak mahu tahu.
bisu.bisu.bisu.
mungkin sesudah ini saya mahu buta dan pekak pula.
bergantung.

No comments:
Post a Comment