sebelum ini saya selalu merungut sebab tak ada kampung. bila cuti, balik bandar. bila raya, sunyi jek kawasan rumah. yelah...duduk tengah bandar, orang semua balik kampung. raya pertama orang seronok ziarah-menziarah kat kampung, kami sekeluarga on the road carik lokasi untuk picnic. duduk rumah sunyi, tak macam raya. kami setiap kali raya, pegi pantai, air terjun etc nk bagi rasa happy. selalu sangat kami adik beradik merungut. kami nak kampung. macam orang lain jugak.
tapi tadi, baru saya faham maksud kampung yang sebenar. bukan rumah kayu yang terpacak kat tepi bendang. bukan ayam itik yang berterabur kat laman. bukan old school punya warung yang kat tepi jalan. balik tadi, parents saya happy gila tengok saya and adik yang riuh bercerita. baru tadi saya sedar yang ibu bapa saya sudah tua. adik bongsu saya masih kecil. mereka tinggal bertiga sahaja. sunyi benar rumah tadi. terasa seperti balik raya. terasa benar macam balik kampung.
inilah kampung saya. tempat orang-orang yang menyayangi saya. biarlah beraya di tepi pantai, di air terjun, di shopping complex, asalkan bersama mereka. asalkan mereka gembira. inilah kampung saya.

No comments:
Post a Comment