tadi masa latihan bowling untuk tournament, saya menerima pelbagai teguran tentang cara saya bermain. semuanya saya terima dengan positif biarpun ade teguran yang agak keras. selepas ditegur berulang kali, seorang dari teman yang ada di situ berkata sesuatu yang membuatkan saya keliru. katanya, 'don't let other people tell you what you did is wrong. as long as it doesn't violate anything and you are more comfortable that way, go ahead. play with your own style.' katanya.
mula-mula saya sedikit membantah kata-kata beliau kerana saya merasakan cara saya memang kurang tepat. tetapi dalam perjalanan pulang ke shah alam tadi, ketika memandu saya terfikir. betulkah kata-katanya?
saya sudah semakin percaya yang saya salah. adakah benar saya salah? jika saya anggap saya betul, nanti kelihatan seolah-olah saya tidak boleh menerima teguran untuk memperbaiki diri pula. jika terima, semakin kekok dan keliru pula.
entahlah.

No comments:
Post a Comment