Monday, July 11, 2011

ketakutan.

betul katanya, sejak akhir2 ini, kami kerap bercerita tentang kahwin. mungkin sebab ramai teman2 kami yang sudah berkahwin dan hampir berkahwin. entahlah. kisah ibubapa saya mahu menjodohkan saya dengan adik kenalan mereka di Kemboja, masih tenggelam timbul. saya belum menjawab dengan serius. mengapa? persoalannya belum timbul dengan serius. setakat ini, jawapan saya masih gelak2, main2. hati saya? hanya Allah yang tahu. 

saya mahu kahwin, tapi saya takut. saya tidak percaya atau yakin dengan calon2 yang ada sekarang. jika saya berkahwin pun, atas dasar pasrah sahaja. 

berbalik pada dia, sejak akhir2 ini, saya rasa dia semakin lebih menghargai saya. ini membuatkan saya sangat bahagia, tapi takut. saya takut hatinya cepat berubah. saya cuba letakkan benteng, tp kadangkala saya sendiri yang ingin alihkan benteng itu. kadangkala saya tertanya2...seriuskah dia dengan soalan2 yang dia berikan pada saya? hanya dia dan Allah yang tahu.

pesan saya padanya, jika tidak serius, janganlah ajukan soalan2 seolah2 dia mahukan saya. saya mahu neutralkan hati. tidak mahu berbolak balik ke mana2 arah. semoga ketetapan Allah untuk saya adalah yang terbaik yang pernah saya terima. semoga hati saya akan redha dengan apa dan siapa pun yang tiba. semoga dalam hati saya takkan ada cinta untuk sesiapa. kerana sakitnya bila menyintai dan dilukai, sudah cukup saya rasa.

No comments:

Blogroll