untuk bercakap tentang kesamarataan, saya mungkin bukan orang yang 'ahli'. tetapi sebagai seseorang yang pernah tinggal lama di kedua-dua pihak, saya rasa saya deserve peluang untuk bersuara.
saya sedar, dan saya tahu ahli keluarga saya yang lain pun semuanya sedar, tapi tiada siapa yang memberontak di hadapan saya atau ayah. saya memang dilebihkan sedikit dari adik-adik yang lain sejak kecil lagi. tetapi ada 'bayaran' untuk kelebihan itu. dari banyak segi, memang saya sedar saya dilebihkan sedikit. tetapi jujur saya katakan, seandainya tempat saya dibuka untuk pencalonan lain dari kalangan adik beradik saya, saya yakin tidak akan ada sesiapa sanggup duduk di tempat saya. seperti saya katakan tadi, bayarannya berpatutan.
itu kisah saya dilebihkan bukan atas permintaan saya atau bukan atas dasar bodek atau saja2. ini pula kisah saya 'dikurangkan' tanpa alasan dan dengan menimbus kelebihan saya.
lama saya diamkan. bengkak di hati makin menanah. saya tidak minta saya menang semua perkara. tapi buktikanlah dengan cara yang adil, bahawa saya kalah. analogi itu menunjukkan situasi saya sekarang. saya sudah berusaha menunjukkan effort saya, kelebihan saya. saya sudah lakukan yang cukup baik dan jelas sekali, lebih baik dari yang lain. tetapi yang lain itu jugalah sentiasa yang terbaik, yang terbagus, yang dipuji. saya tidak minta dipuji, saya tidak minta diagungkan. cukuplah memberi saya sesuatu yang setimpal dengan apa yang saya beri. bukan menafikan hak saya semata-mata kerana yang lain itu lebih digemari oleh si penilai.
sedih dan sakit hati. saya tidak kisah jika kesamarataan itu tidak layak saya kecapi kerana kesalahan saya. tapi kesamarataan ini ditarik dari saya, walaupun setelah saya buktikan kemampuan saya. dan setelah jelas terbukti kemampuan saya lebih dari yang lain. mengapa begitu? tolong jelaskan pada saya!!!
saya pembahas. tapi tidak bermakna saya sentiasa mahu menang. saya percaya pada apa yang saya tahu dan saya tidak pernah cuba menafikan kebenaran yang mungkin saya tidak tahu. justeru, setiap kali berbeza pendapat atau bercanggah ilmu, saya bertanya sehingga saya berjaya diyakinkan yang saya salah. jika pertanyaan2 saya berjaya dijawab dengan fakta dan hujah yang kuat, saya terima. jangan kerana anda gagal menghadapkan hujah yang kuat untuk membuatkan saya percaya, maka saya dikatakan tidak boleh menerima pendapat orang lain. saya cuma mahu fakta dan hujah yang benar. kebenaran. itu sahaja.

No comments:
Post a Comment