patah tumbuh hilang berganti. malangnya yang patah belum juga tumbuh, yang hilang sudahpun berganti. terasa rendahnya nilai yang telah pergi. mudah benar terganti.
abaikan.
hari ini satu permulaan. cukuplah sikap keanak-anakan saya yang selalu membunuh orang-orang di sekeliling saya.
saya benci diri saya yang semalam. lemah. sangat lemah. sangat bergantung. saya tidak sepatutnya menjadi seorang yang terlalu bergantung. saya harus gagah berdiri dan berjalan sendiri, teman, takkan selamanya bersama. mereka akan pergi juga. mahu atau tidak, itulah hakikat yang seharusnya saya hadapi dengan hati yang redha. sakit. sumpah sakit. tetapi kesakitan itu harus telah dijangka. tidak harus ditangisi atau disesali.
esok belum tiba.
saya nantikan. harapnya esok lebih indah dari hari ini, atau sekurang-kurangnya tidak sengeri semalam. salam dari Wisma R & D, Universiti Malaya.

No comments:
Post a Comment