Thursday, March 03, 2011

way to go.

sudah lama saya mencari diri saya yang sebenar. 
mungkin kini, sudah masanya saya lakukan apa yang saya mahu tanpa peduli apa sangkaan orang lain nanti. teguran seorang teman sebentar tadi membuka mata saya tentang apa yang patut dan tidak bagi seorang wanita. 

benar, tiada salahnya saya yang sekarang. cuma kurang manisnya. dan bukan pula saya menunggu untuk ditegur baru saya mahu berubah. saya pernah terfikir tentang ini tetapi bila saya tanyakan teman-teman, kata mereka, tiada salahnya. tapi teman-teman, saya mahu maju. saya mahu jadi lebih bagus. saya tidak mahu semalam dan esok sama seperti hari ini. biar ada majunya langkah saya. dan saya yakin, teman-teman yang baik akan terus bersama saya biarpun saya yang esok mungkin tidak sama dengan saya yang hari ini. jika mereka tiadapun, tidak mengapa. Allah ada bersama saya, dan bintang saya juga ada.

way to go, Jan Nah~

No comments:

Blogroll