seringkali tersalah langkah tidak bermakna seseorang itu bodoh. ada orang yang tidak pernah tersalah yang lebih bodoh dari bodoh. tuah, takkan selamanya bersama kita. nasib, bukan cara hidup kita. setiap orang akan memperoleh hasil tuaiannya bila Tuannya mengizinkan. Nasib kita di tanganNya. Tuah kita bukan pada kita. i learned it the hardest way.
seringkali nasib menyebelahi saya, membuatkan saya seringkali pula lupa diri. terasa bertuah hingga lupa dari mana datangnya tuah itu. hidup harus rasa susah dan mudah. tanpa rasa susah, kita tidak bergerak ke hadapan. tanpa bergerak, bagaimana mahu tiba di destinasi? memang kita akan selalu meminta jalan mudah. memang kita akan selalu cuba jalan mudah. kadangkala hingga kita cuba 'membaiki' hukum agar membetulkan cara atau tindakan kita. jangan tipu, saya juga pernah begitu. semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
tiada idea. kepenatan baru pulang dari funfair dan downtown.
selamat malam.
salam.

No comments:
Post a Comment