Menemui bintang yang saya ingati selalu. Apa khabar bintang sekarang? Saya semakin baik, Alhamdulillah.
Bintang bagaimana? Sejak akhir-akhir ini, saya lihat bintang selalu menhilangkan diri. Mengapa? Langit tidak lag indah tanpa bintang. Kadangkala bintang ada sepanjang malam, tetapi berseorangan dan kerlipan bintang sangat pudar dan hambar. Bintang sakitkah? Begitu kuatkah kesan pemanasan global pada keindahan bintang? Sedih hati saya melihat bintang tidak lagi bercahaya seperti dulu. Tahukah bintang, semangat saya sebahagiannya dating dari bintang. Jika bintang pudar, pudarlah semangat saya. Jangan pudar lagi ya?
Saya sekarang dalam fasa menyelesaikan kemelut hidup yang ada. Alhamdulillah, saya semakin dapat berfikir dengan baik. Bintang tahukah, sekarang saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Saya berharap sangat keputusan saya akan lebih baik dari semester lepas. Saya mahu bergraduasi dengan keputusan yang cemerlang. Tinggal lagi 2 semester sahaja lagi untuk saya. Kemudian mungkin saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pula. Mungkin di Canada. Nanti bolehlah saya sapa bintang dari bumi Canada pula. Bintang pasti akan turut saya ke sana kan? Bintang kan, sahabat baik saya.
Lama sangat rasanya saya tidak menghubungi bintang. Tapi saya tahu bintang faham. Walaupun diam, saya ingat bintang dalam hati saya. Setiap malam, saya tidak pernah lupa jenguk bintang di balkoni sebelum tidur. Persahabatan kita bukan ditentukan oleh kekerapan kita berhubung tetapi dengan bermaknanya setiap pertemuan kita itu. Lagipula kita kan saling mengingati. Saya siman bintang dalam hati saya tahu.
Bintang...
Saya sudah terlalu jauh tergelincir. Banyak silap serupa yang saya ulangi. Sumpah, bila sendiri, saya sangat kesali perbuatan saya. Saya sering berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Tapi kerapkali pula saya tergelincir. Saya sangat mudah jatuh dengan pujukan musuh Adam. Bintang, saya malu dengan tuhan. Saya tahu Dia lihat. Saya malu denganNya. Solat saya, terasa bagai berperang dengan rasa malu yang amat sangat. Saya tahu Tuhan sentiasa ampuni dosa saya. Tetapi saya malu kerana kerap mengulangi dosa serupa. Bintang doakan saya jadi lebih kuat ya? Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang fasik, golongan orang2 yang sesat dan dimurkai. Tolong ya bintang? Terima kasih bintang.
Bintang...
Sepertimana pudarnya cahaya bintang, saya dapat rasakan begitu jugalah pudarnya warna di hati saya. Semakin sukar rasanya untuk saya sayangi sesiapa. Benar, saya sayangkan bintang. Tetapi sayang untuk manusia itu, rasanya sudah tidak wujud lagi dalam hati ini. Saya cuba. Tetapi gagal. Cepat benar jemu itu tiba. Jauh benar destinasi cinta dalam hati saya. Mengapa saya senang begini? Mengapa saya rasa kosong jika saya sudah senang begini? Benar, saya suka begini sahaja. Tapi, bagai ada lubang hitam dalam hati ini. Sakitnya jiwa bila nikmat menyayangi sesama makhluk ditarik balik. Dulu, saya sangkakan rasa sakit hanya akan datang jika ada rasa sayang. Tapi terbukti, tanpa rasa sayang pun sakit itu mampu menjelma. Aduh...susahnya.
Bintang...
Saya harus berhenti setakat ini dahulu. Esok, ada dua kertas peperiksaan harus saya jawab. Keduanya belum sempat saya ambil peperiksaan pertengahan semester. Maka, saya harus menjawab soalan2 esok sebaik mungkin, agar keputusan peperiksaan saya tidak akan kurang dari 3.5. sudah 3 semester saya pertahankan, insyaAllah, saya akan terus pertahankan sehingga beroleh ijazah.
Bintang, jumpa lagi di surat yang lain. Jelinglah saya dari tempat tinggal bintang ya. Saya sayang bintang.
Sahabat jauh,
Cahaya Syurga.

No comments:
Post a Comment