Thursday, February 17, 2011

HELANG

helang. dikenali dengan kegagahannya di angkasa. dicemburui kerana kredibilitinya sebagai penguasa di udara. dipandang sebagai simbol pendekar. tapi helang, hidup dalam tekanan. terlalu tinggi pandangan, terlalu besar harapan, terlalu besar kegagahan hingga hanya itu yang dipandang orang padanya. helang juga ingin dilihat dari segi kecantikkannya. biarpun bulunya tidak semeriah merak, helang tetap punya mata yang tajam, yang mengindahkan rupanya. helang, ada paruh yang cantik, sesuai dengan mukanya. helang sebenarnya bukan hanya gagah, rupanya juga unik dan menarik. tapi kerana kegagahannya, manusia lupa menghayati indahnya helang dicipta. helang, jadi sangat mudah memberontak kini. terasa nilainya tiada selain kegagahannya. keyakinan diri helang jatuh. dan rasa amarah datang tanpa sebab. jadilah helang memberontak dengan menganiaya haiwan lain. keganasannya ditakuti, malah dikutuki. tapi, kesedihannya yang mahu dia dihargai dengan segala yang ada padanya, tiada siapa yang mengerti.

kadangkala saya mahu menjadi helang. gagah menguasai angkasa. tapi mengenangkan sakit yang helang tanggung, saya kembali berfikir. mampukah saya menanggung apa yang helang tanggung? saya juga mahu dihargai dengan segala apa yang ada pada saya. bukan hanya diambil mudah dan diambil untuk apa yang jelas sahaja.

helang.

mungkin antara kita ada yang sama.

entahlah~

No comments:

Blogroll