Thursday, December 16, 2010

kemaafan.

kata orang, kemaafan dendam terindah. tapi hati saya dulu degil. marahnya saya, sakitnya hati saya, hingga saya tidak mahu memaafkan dan menghalalkan segala-galanya. benar. hati saya sangat sakit. dia bukan manusia baik. bagi saya, dia tidak layak memperlakukan saya sebegitu. itulah kata saya dahulu. 

hari ini, saya masih belum dapat memaafkan. tapi alhamdulillah, saya semakin berjaya melupakan. maaf, bukanlah hadiah untuknya. lupa, anugerah bagi saya. biar saya lupa apa yang dia lakukan. biar saya lupa kewujudannya. biar kehadirannya hanyalah umpama batu di tepi jalan. benar. hati saya masih marah. tapi saya sudah mula lupa. wujudnya dia sudah tiada beza, tiada makna. alhamdulillah.

saya bukan insan mulia, mampu memaafkan tanpa si polan itu meminta maaf dan berubah. atau, mungkin ini hanya sementara. jiwa muda, ego yang tinggi, kurang rasa hamba dan lain-lain lagi. astaghfirullahal `azim. ampunkan saya, ya Allah, kerana gagal melembutkan hati ini. 

kemaafan mungkin memang dendam terindah. kata-kata pensyarah subject Conflict Management and Negotiation saya masih terngiang di telinga. kenapa berikan mereka hak untuk menyakiti dan memburukkan hati kita dengan terus berdendam dan tidak memaafkan? jika kita maafkan, kita tidak lagi memberi hak mereka berada dalam fikiran kita samada sebagai orang yang dibenci atau tidak. kemaafan dendam terindah kerana ia menyejukkan kedua-dua pihak. kemaafan dendam terindah kerana dengan memaafkan, kita merendahkan tarafnya kepada seorang yang langsung tidak layak berada di fikiran kita, yang nak dibenci pun tak layak. dia tidak cukup layak untuk mendapat kebencian kita sekalipun. benar, puan. tapi, ego ini masih sakit. kemaafan itu masih sedang diseru. andai saya atau dia mati sebelum saya dapat memaafkannya, itu bahagiannya. jika saya sempat memaafkan, itu hadiah Allah untuknya.

maafkan saya kerana gagal memaafkan.

hati masih keras.

maaf.

No comments:

Blogroll