hari ini mulalah saya sibuk yang benar-benar. perlu kejar due date assignments, perlu buat sedikit research untuk tujuan project paper (saya mahu berusaha buat perlahan-lahan, semester depan baru buat proposal).
sekarang sedang mengumpul kerja untuk diselesaikan.
WGX1750 selamat tiba dan diparkir di vista. Alhamdulillah. seronok betul pengalaman memandu kereta manual dari rumah ke sini tadi. pengalaman yang cukup bermakna dan berharga. selalunya bawa kereta auto sahaja. agak kekok bila cuba bawa manual pula tapi saya sudah berjaya pandu hingga ke sini dengan selamat.
tahniah, Noor Jannah Afi! :D

No comments:
Post a Comment