manusia sering lupa. apa yang ada sekarang, takkan kekal selamanya. siang akan menjadi malam. bulan akan berganti matahari. pelangi hanya datang selepas hujan. embun pagi akan hilang sebelum petang. betapa rapuhnya pemilikan yang manusia ada ke atas sesuatu.
pegang coklat lama-lama, cair juga akhirnya. aiskrim yang sangat sedap, harus dibekukan atau terus dimakan. pisang goreng sudah kurang enaknya jika sudah tidak panas. fananya segala sesuatu yang ada di atas dunia ini.
hmmm...
seringkali manusia lupa yang semuanya sementara. lantaran itu, acapkali apa yang mereka kecapi diletak tepi. dipinggir seketika dalam usaha memburu yang belum punya. bila yang di kejar hilang entah kemana, barulah yang ada tadi dicari semula. tapi, adakah lagi di sisi?
jangan jadi manusia rugi. nikmat yang ada harus disyukuri. benar, cita-cita mesti tinggi. tapi jangan terlalu mencari hingga lupa menghargai. hidup hanya sekali. peluang yang sama tidak datang berkali-kali. hati manusia mudah datang jemu dan kecil hati. mungkin juga benci. oleh itu, belajarlah menghargai dan mensyukuri.
semoga apa yang kita miliki hari ini, masih milik kita esok hari.
tapi, jika Tuan kita mengambilnya kembali, janganlah kita kesali.
gantinya pasti lebih baik lagi. ;)
selamat pagi~
semoga hari ini indah dan semoga semua mimpi menjadi realiti.
amiinnnn~

No comments:
Post a Comment