dunia kayangan, bunian, makhluk asing, saya sangat ingin bertemu mereka. sungguh! jika boleh, mahu tinggal bersama mereka.
tidak!bukannya sebab hidup saya sangat tidak menarik maka saya mahu tinggal di alam lain. cuma saya rasa hidup saya semakin kurang variasi dan kreativitinya.huhu~
saya tidak betah di rumah lama-lama sebenarnya. jika ada wang di tangan, saya pasti mahu berjalan melihat tempat orang. kini saya sudah punya kereta. semakin mudah saya mengembara. Alhamdulillah~
Alhamdulillah juga ibubapa saya semakin me'lelaki'kan saya. saya tidak dimanjakan seperti adik-adik atau kakak saya. itu sangat membantu. ;)
saya punya cita-cita mahu memandu ke Russia. itu matlamat jangka pendek sahaja. tapi, doakanlah berjaya ya~

No comments:
Post a Comment